My Lassy

Wednesday, 19 October 2011

BAB 1 : Bermulalah alkisah.. cetera seorang budak tomboy bernama ISZROY.

Setelah selesai mendescribekan maksud TOMBOY, PENGKID dan juga LASSY, sekarang barulah aku boleh cerita satu kisah kehidupan budak bernama Iszroy.


ISZROY : Melihat pada namanya saja sudah seperti nama lelaki. Tapi yang pasti dia seorang perempuan. Perwatakan seperti lelaki. Bukannya dibuat2. Sejak kecil sifatnya sudah seperti lelaki. Lasak, kasar, gemar bermain permainan budak lelaki. Mainannya senapang, busar memanah, pistol, tak pernah pula ada anak patung, set pinggan mangkuk ataupun set make up.Hanya mempunyai seorang abang. Sejak berumur 9 tahun sudah meminati artis wanita. Tak pernah pula minat artis lelaki. Suka pada wajah yang cantik, seksi, lincah.. macam Fauziah Latif, Azlina Aziz dan Francissca Peter. Habis di tampal dinding rumah dengan poster2 artis kesayangan. Pantang melihat di TV, pasti ternganga mulut lihat artis kesayangan beraksi.

Sewaktu darjah 5, sudah berani memberi surat cinta kepada budak darjah 6. Fiza namanya. hehehehe... Minat melihat anak matanya yang berwarna coklat terang, bulu matanya yang lentik, kurus, tinggi, rambut perang, gigi berlapis. Manis sekali bila tersenyum. Setiap hari menunggu di luar rumah Fiza untuk sama2 menunggang basikal pergi ke sekolah petang.

 Singgah dulu minum cendol bersama. Di kelas, duduk bersebelahan. Tak jumpa sehari, rindu pula rasanya. Setahun berlalu, Aku tak sama kelas dgn Fiza lagi. Huhuhuhu.. sedihnya. Fiza kelas pagi, aku kelas petang. Tapi kami buat perjanjian, duduk di meja yang sama. Setiap hari, berutus surat yang di tinggalkan di bawah meja. PELIK. Perasaan apakah itu yang wujud di antara kami? Cinta? Sayang? Rindu? Sewaktu berumur 11 tahun? 


Fiza dapat tawaran ke asrama. Zaman tu mana ada HANDPHONE lagi, nak bersms. Jadi,berutus surat selalu. Kadang2 siap tulis TELEGRAM. hahahaha..semata2 nak kata " Saya rindu awak". Lama kelamaan, aku tak lagi terima surat dari Fiza. Dia semakin meningkat dewasa. Fikiran dia mula matang, untuk apa di layan surat cinta aku? Mungkin dia menyedari.. cinta kami tak boleh bersatu. Akhirnya terputus jua hubungan kami.

Sedeynyaaaa!!!!!! Isk! Isk! Isk!

2 komen komen seksi anda:

Anis said...

aku pna gak minat pmpuan mcm ko ni tp ak xpna btros trg je .tkot dy xle time

an8069 said...

Susah kalau khwin dengan tomboy...jadi jagan khwin tomboy...menyesal...tak sudah...huhuhu

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by YummyLolly.com