My Lassy

Monday 5 December 2011

Giler...

Huh.. aku rasa aku dah giler. Giler dgn sentuhanmu, goyanganmu, suaramu. Mmmmm.. tgh membayangkan suasana itu. Mari sayang... dekat padaku. rapat dgn ku. Aku mendambakan saat itu selalu.

" Giler siut aku.. macam hero dalam citer porno." hehehehehe...

Gitu lah gayanya orang kalau dah giler ni.. asyik nak melekat jer. Nak beromen je kejenya. Korang macam tu ke uolss?  hahahahahahaha.
Wednesday 23 November 2011

Cinta si Pengkid

Kenapa ramai yang mendambakan cinta si pengkid? Apa istimewa cinta si Pengkid? Cinta sesama kaum? Aku pun tak tahu... yang aku tahu, perasaan nya sama macam bercinta dengan lelaki. Eh, sama ke? Rasanya lagi indah dengan si pengkid dari lelaki.. hehehehehe. Tapi ada juga pengkid yang hanjeng macam lelaki. Lagi teruk atau yang sewaktu dengannya pun ada.

Aku bukanlah pengkid sejati. Kerana aku juga pernah bercinta dengan lelaki. Tapi perasaan aku tidak pernah terlebih bunga-bunga kalau bercinta dengan lelaki. Dulu, sewaktu aku berumur 18 tahun, aku pernah berkata pada diri aku sendiri dan juga kawan aku.." aku tak nak jadi pengkid bila umur aku 25 nanti." Memang aku tunaikan kata2 aku tu.. tapi bila berumur 30an.. hehehe. Aku terus berhenti menjadi pengkid tapi aku berubah menjadi lesbian. hahahahhaha.. memang pengkid murtad!!  Argghh.. yang penting aku bahagia dengan cara ku kini. ADA? ADA KU KISAH??
Friday 18 November 2011

Aku Bukan Tomboy the Movie

Semalam baru tengok movie ni.. serabut arr... tak sesuai untuk ditayang pada awam. Ada ayat2 dan babak yang tak suka aku tengok. Tapi memang ada pengkid yang perangai macam tu.. terjerit2. suka cari gaduh., pasal awek. hehehe. aku dulu pun macam tu tapi masa sekolah je. pas je sekolah, aku suka lone ranger.. tak suka bergrouping sesama peng kid. Tak suka jadi perhatian ramai.

Dulu masa sekolah pun aku pernah gaduh. Bukan aku yg cari gaduh, tapi peng kid lain. Sebab awek aku ramai. Dia tak puas hati.. nak kacau awek aku , tapi awek aku tak nak. huhuhu.. muka kalau macam orang pecah rumah, ada hati nak rampas awek aku laa.. hehehehe.. Cuba tgk aku ni.. relax jer.. dah lah cute, hensem, romantik.. ada gaya.. ewahhhh... G.M.K tu aku punya tag line. GAYA MUTU KEUNGGULAN. 

Aku memang jadi rebutan masa sekolah dulu. hehehehe.. bukan nak puji diri.. tapi kenyataan beb. Lepas sekolah pun jadi rebutan, sampai lah sekarang. Aku pun tak faham. Mungkin karisma aku ni kuat sangat.. ewahhh. perasan lagi aku ni.

Kepada bekas awek awek ku sekalian dan juga kepada awek ku.. cecuba explain kat aku ni.. apa yang buat korang fall in love dengan aku? Sehingga aku ni jadi pujaan ramai? Adakah kerana aku ni hensem? Cute? Romantik? Sex yang hebat? Caring? Atau aku ada sentuhan yang berkaranzzz sehingga kamu semua kecundang..? hehehehehe... mmmmmm susah nak aku ramalkan atas sebab apa mereka2 semua fall in love dengan aku?
Wednesday 19 October 2011

BAB 1 : Bermulalah alkisah.. cetera seorang budak tomboy bernama ISZROY.

Setelah selesai mendescribekan maksud TOMBOY, PENGKID dan juga LASSY, sekarang barulah aku boleh cerita satu kisah kehidupan budak bernama Iszroy.


ISZROY : Melihat pada namanya saja sudah seperti nama lelaki. Tapi yang pasti dia seorang perempuan. Perwatakan seperti lelaki. Bukannya dibuat2. Sejak kecil sifatnya sudah seperti lelaki. Lasak, kasar, gemar bermain permainan budak lelaki. Mainannya senapang, busar memanah, pistol, tak pernah pula ada anak patung, set pinggan mangkuk ataupun set make up.Hanya mempunyai seorang abang. Sejak berumur 9 tahun sudah meminati artis wanita. Tak pernah pula minat artis lelaki. Suka pada wajah yang cantik, seksi, lincah.. macam Fauziah Latif, Azlina Aziz dan Francissca Peter. Habis di tampal dinding rumah dengan poster2 artis kesayangan. Pantang melihat di TV, pasti ternganga mulut lihat artis kesayangan beraksi.

Sewaktu darjah 5, sudah berani memberi surat cinta kepada budak darjah 6. Fiza namanya. hehehehe... Minat melihat anak matanya yang berwarna coklat terang, bulu matanya yang lentik, kurus, tinggi, rambut perang, gigi berlapis. Manis sekali bila tersenyum. Setiap hari menunggu di luar rumah Fiza untuk sama2 menunggang basikal pergi ke sekolah petang.

 Singgah dulu minum cendol bersama. Di kelas, duduk bersebelahan. Tak jumpa sehari, rindu pula rasanya. Setahun berlalu, Aku tak sama kelas dgn Fiza lagi. Huhuhuhu.. sedihnya. Fiza kelas pagi, aku kelas petang. Tapi kami buat perjanjian, duduk di meja yang sama. Setiap hari, berutus surat yang di tinggalkan di bawah meja. PELIK. Perasaan apakah itu yang wujud di antara kami? Cinta? Sayang? Rindu? Sewaktu berumur 11 tahun? 


Fiza dapat tawaran ke asrama. Zaman tu mana ada HANDPHONE lagi, nak bersms. Jadi,berutus surat selalu. Kadang2 siap tulis TELEGRAM. hahahaha..semata2 nak kata " Saya rindu awak". Lama kelamaan, aku tak lagi terima surat dari Fiza. Dia semakin meningkat dewasa. Fikiran dia mula matang, untuk apa di layan surat cinta aku? Mungkin dia menyedari.. cinta kami tak boleh bersatu. Akhirnya terputus jua hubungan kami.

Sedeynyaaaa!!!!!! Isk! Isk! Isk!
Monday 17 October 2011

PENGKID MURTAD

hi guys!! whats upzz?
Aku nak sambung cerita pasal pengkid murtad.. hehehe..
Pengkid yang jadi murtad ni bukanlah dalam ertikata murtad keluar agama. tapi dah bertukar jadi lassy atau jadi wanita. mmm... sebab pengkid ni memang pun wanita tapi hormon jantan banyak sangat dalam badan, tu yang jadi macam dua alam. Dah tiba masanya dia bertukar jadi wanita kerana hormon jantan dah kurang lah tu. Tetiba dari macam jantan macho jadi wanita lembut.. hehehehe.. Kalau muka memang indah jadi wanita.. jadi cantik berseri. tapi kalau muka pengkid memang macam muka pecah rumah.. huhuhu alamak.. jadi peliklah pulak. Lebih baik dia jadi pengkid je sampai bila2. Bila namanya pengkid, time nak berasmaradana, dia takkan bagi pasangannya lakukan apa yang dia lakukan pada pasangannya. Nama pun PENGKID a.k.a JANTAN. Ego tinggi sikit.



Tapi bila namanya LASSY, mereka sama2 melakukan perkara yang sama terhadap satu sama lain semasa berasmaradana,  jadi itulah bezanya PENGKID dan LASSY.



heee.. rasa macam nak kiss juga lah.. sssllluurrppp...amacam? ada bran?
Monday 3 October 2011

Sesambung Ceciter...di Sensawang

Hall low everybody...Hawau u? heh heh . Hari ni aku rasa ok sikit. 2 hari lalu rasa leltih bebenor. Bebanyak sesangat kekerja aku. Sambil layanz lagu Bila Larut Malam... " darakucha..darah ku chaa...cha.cha..cha yer.." he he he.

Topik kita pada hari ini, PENGKID. "Memurid.. sila buka muka surat ke tiga ya, muka kamu semua sila pandang saya yang ensem ni. Jangan pandang buku".

PENGKID : (Dari mana ntah lah asalnya nama ni). Kesinambungan dari TOMBOY, PENGKID mengambil alih pulak era kelakian zaman selepas sekolah. Tamat form 5, dah kira matang, masak ranum pengalaman sebagai TOMBOY. Maka jadilah budak TOMBOY itu PENGKID. mmmmmm... PENGKID kira dasat jugak ar. Dia ada aweks yang seksi, dia pun dah macam lelaki habis. Fuhhh.. salut seh. Meleleh wei kalau tengok aweks nya. Sekali pandang kadang tak tahu pun PENGKID with aweks. Ingat JANTAN with aweks.

PENGKID punya style bercinta memang hebat. Sebab itu aweks yang cunz gilerz, educated, sophistikated boleh cair dgn PENGKID. Pengkid sanggup buat apa saja untuk aweks. Takkan kau jumpa lelaki yang boleh buat apa pengkid buat. Ewaaahhh. Eh, tapi betul apa..

Meh sini aku bagitau sifat seorang pengkid :
:: Mempunyai ayat2 power. (Contoh: " Saya suka tengok senyuman awak..buat saya tak tidur malam, bau awak buat saya angau".. contoh je laa. aku pun tak tau macamana nak buat ayat power. )
:: Baik gila kalau dah suka. (Asyik nak bagi hadiah jer..walaupun kecik je bendanya)
:: Sanggup buat apa saja demi aweks. (Ko suruh terjun, pun dia sanggup. Terjun dalam swimming pool..hehehehe)
:: Bila dia dah dapat aweks tu, dari hujung rambut hingga ke kaki dia akan jaga. (Calar sikit, dgn cepatnya dia beli cream anti calar tuk aweks, jerawat sebijik dah di bawa aweknya ke facial.)
:: Caring yang terlalu caring ( Kalau pun dia di KL, aweks di JB. Bila aweks merengek kata sakit, kejap lagi dia sampai dah dpn rumah aweks, siap bawa doctor sekali..hehehehe)
:: Sentuhan PENGKID sangat mengasyikkan. ( Karan nya zasss.. lain macam..)
:: Bab seks pula : terbaekkk dari ladang.. hahahahahaha (yang ini aku pun tak tau nak citer. Eh betul ker? Selalu lelaki megugut wanita " dia belum rasa penangan seks aku, tapi hakikatnya..hampeh.. PENGKID juga yang berjaya sebab belaian dgn penuh kelembutan dan kasih sayang.. hehehehehe)
:: Yang penting : dia sentiasa menunjukkan kasih sayangnya hingga aweks tu terleka di buai kasih sayang.

mmmm... rasanya sampai sini dulu ceciter hari ni. Aku nak pergi menguruskan aweks aku sekejap. Dah merengek2 minta belai... Oh Amy ku sayang.. sekejap ya sayang.. I datang massage u. U standby lotion anti stress ker, lotion kama sutra ker atau lotion air liur i je lah...hehehehehe...( jangan vomit blood pulak baca ayat mengades2 aku nih)

Ok.. uoollss.. aku chow dulu. Nanti kita sambung topik PENGKID MURTAD. Adiosss!!!!                                                            
Saturday 1 October 2011

Perasaan yang berbunga2.

Good morning uolls.. mmmm. apa yang berbunga2? bunga apa? hehehe bunga kantan? bunga rambutan? bunga kenanga?  bunga cinta? Korang suka bunga apa? I suka bunga cinta. Indah, wangi, meriah, heppi, apa lagi? Susah lah nak mendescribe perasaan orang yang ada bunga cinta ni. Yang penting rasa terawang2 bagai awan.. ewahhh...ewahh..

Dah dapat teka belum? Bila aku mula berkecimpung dalam dunia pengkid and lassy ni? Eh, apa beza peng and lassy? Cecuba xplain sikit? Tomboy? Haa.. ceciter ' Aku Bukan Tomboy' akan keluar di pawagam tak lama lagi.. hehehe silalah pergi menonton. 

Meh sini aku ceciter sikit..dalam versi akulah kan. 





 TOMBOY : biasanya tomboy ni versi untuk bebudak baru nak naik.. budak sekolah. Budak perempuan yang perangainya macam lelaki. Lasak, ganas, cengih, gerago. Apa cengih n gerago? Adik bradik cengkih and geragau kot? Ntah.. aku rasa maksudnya lebih kurang macam tu lah.. kalau nak tahu lebih dalam, silalah buka kamus dewan bahasa dan pustaka. 


Di alam persekolahan..bebudak TOMBOY ni memang lah suka main dengan bebudak lelaki. Main bola sepak ker, sepak takraw ker, perang2 ker.. cuba ko ajak dia main pondok2.. huh.. tak layan nya.. Tapi kalau dia main juga pepondok tu, mesti dia suka dengan salah sorang ahli pepondok tu.. hehehehe..mestila budak pompuan juga. kaann. Ehhhceehhh... sudah ada rasa suka sesama pompuan nampakkkk... Tapi ada juga yang tak ada terbit lagi perasaan sesuka sesama pompuan.. alaa.. bebudak lagikan.. So, kiranya tomboy ni ada 2 jenis. Satu jenis tu dia suka buat kekerja dan berkawan dengan lelaki dan tak ada perasaan sesuka pada bebudak pompuan lain. Satu lagi tu suka buat kekerja dan berkawan dengan lelaki TAPI ada perasaan suka pada bebudak pompuan lain.

So, korang jenis yang mana satu masa kekecik? Ceciter..hehehehe. Aku? Ko rasa aku yang jenis mana?
OK, SELAMAT MENCUBA...KITA JUMPA LAGI.  RENUNG2 KAN.....Salam manis dari Professor Hj Izzi.. hehehehe...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by YummyLolly.com